Jumaat, 8 Oktober 2010

Kenali Lebah Gergasi Di Malaysia!

AKHIRNYA Rahsia Madu Tualang di Nusantara Telah Terbongkar...
Marilah para penyelidik teruskan mengkaji Madu Tualang sebelum orang-orang kolonial ni mem'paten'kan emas kita ini...



Jenis Lebah Madu

Jenis lebah madu yang umum dikenal di dunia sampai saat ini ada 7 spesis , iaitu:

1. Apis Dorsata: dikenal dengan lebah sialang atau tualang, lebah hutan, tawon gung atau tawon odeng. Jenis ini banyak terdapat di hutan-hutan tropika Malaysia & Indonesia, pengambilan madu biasanya dengan cara berburu kerana sukar diternak, satu koloni sarang boleh menghasilkan madu 20-60kg/tahun.

2. Apis Cerana: dikenal dengan lebah kampung, nyiruan, indurun atau lebah sayak. Merupakan jenis tempatan yang banyak terdapat di pinggir hutan,kebun dan dapat diternak, produksi madu 10-20kg/tahun

3. Apis florea: dikenal dengan lebah kecil atau lebah jantung, tidak diternak kerana madunya sangat sedikit.

4. Apis andreniformis: juga dikenal dengan lebah kecil atau lebah jantung, ukurannya mirip dengan Apis florea.

5. Apis Koschevnikovi: dikenal dengan lebah mata merah, ukuran hampir sama dengan Apis cerana dan tersebar di Sabah dan Sarawak.

6. Apis Laboriosa: iaitu lebah madu yang mirip dengan lebah hutan dan hanya terdapat diketinggian 1200-9100m dpi iaitu di Nepal, Timur Laut India dan China.

7. Apis Mellifera: adalah jenis lebah import dari Eropah banyak dikembangkan di Pontian, Sabah, Perak, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Pemotongan sisiran produksi madu dapat mencapai 20-60kg/tahun.

Selain lebah dari spesis Apis, juga terdapat jenis lebah tanpa sengat (stingless bee) yang dikenal dengan galo-galo, termasuk ke dalam keluarga Melliponinae.

Menurut hasil penelitian Prof Dr Siti Salmah (1992), di daerah negeri Riau, Sumatera Indonesia sahaja terdapat sekitar 24 sub spesis dari marga Trigona. Jenis ini dapat menghasilkan madu yang spesifik dan bee pollen serta resin. Teknik ternak berbeza dengan lebah madu bersengat, setup tidak menggunakan bingkai sisiran.

Karakteristik Lebah Madu

A. Lebah Tualang atau Lebah Hutan (Apis Dorsata)

Lebah liar ini umumnya bersarang pada cabang-cabang pohon yang tinggi (40-60m) di hutan hujan, kulit batang tidak mengelupas, licin dan halus. Lingkungan sekitar pohon biasanya dekat dengan sumber air dan sumber tanaman pakan lebah. Jenis pohon yang sering dijadikan sebagai habitat bersarang lebah jenis ini adalah Kayu Ara, Rengas, Pulai, Kempas, Cempedak air dan Kapuk. Setiap pohon biasanya dinaiki oleh koloni lebah hutan disebut oleh masyarakat Riau sebagai pohon Sialang, manakala di Malaysia dengan pokok Tualang. Populasi koloni secara berperingkat selalu melakukan migrasi dari satu tempat ke tempat lainnya.


Gambar: Pokok Tualang (iaitu spesis Kayu Ara, Rengas, Pulai, Kempas, Cempedak air, Kapuk dll)


Permasalahan dalam pelestarian jenis Apis Dorsata adalah semakin berkurangnya jenis pohon sebagai habitat lebah, akibat adanya penebangan haram dan perubahan status hutan dari hutan liar menjadi Hutan tanaman Industri ataupun perkebunan dan ladang dan juga pencemaran seperti jerebu dan sebagainya.

B. Lebah Ternak

Lebah Import (Apis Mellifera) dalam pengelolaannya perlu adanya perlakuan yang dikenal dengan penggembalaan lebah dari satu area tanaman ke area lainnya, Hal ini penting dilakukan untuk memenuhi keperluan protein bagi pertumbuhan anak-anak lebah yang bersumber dari serbuk sari bee pollen tanaman, di samping itu teknik tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan madu pada musim bunga tertentu.

Jenis lebah ternak tempatan adalah (Apis Cerana), kerana sifatnya yang masih natural/alami dan terdapat keragaman / variasi sifat dan tingkat produktiviti yang sangat berbeza, sebahagian besar koloni kurang produktif dan suka berhijrah, sebaliknya juga ditemukan koloni2 yang subur, jinak dan rajin mengumpulkan bahan madu dan bee pollen, untuk itu perlu dilakukan pemilihan benih lebah secara alami (natural selection).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan