Ahad, 10 Oktober 2010

Soalan Kepada LEBAH ?


Gambar: 3 Spesies Lebah Yang Aktif Menghasilkan Madu

Persoalan tentang lebah dan madu

  • Berapa banyak sari bunga (nektar) yang diperlukan lebah untuk menghasilkan 1 pound madu? Jawapan: 2 million.
  • Berapa jauh lebah perlu terbang untuk membawa 1 pound madu? Jawapan: 55,000 batu.
  • Berapakah jumlah madu yang dihasilkan lebah pekerja sepanjang jangka hayatnya? Jawapan: Secara purata, 1/12 sudu teh.
  • Berapakah kelajuan lebah madu terbang? Jawapan: ~15-20 batu per jam.
  • Berapa banyak madu yang diperlukan oleh lebah sekiranya mengelilingi dunia? Jawapan: Lebih kurang 2 sudu besar.
  • Sejak bilakah lebah mula menghasilkan madu dari bunga? Jawapan: Dianggarkan 10-20 juta tahun dahulu.
  • Berapa banyak bunga yang dilawati oleh lebah dalam masa sekali perjalanannya? Jawapan: 50-100.
  • Bagaimana lebah berkomunikasi dengan lebah yang lain? Jawapan: Melalui tarian lebah. Iaitu lebah akan bergerak seolah-olah seperti menari mengelilingi lebah lain. Tarian ini akan berubah-ubah mengikut kod dan sudut tertentu yang merupakan isyarat untuk menunjukkan kedudukan nektar dan pollen dari bunga dan jarak kedudukannya. Lebah juga menggunakan  ’pheromones’ untuk menarik perhatian lebah lain.
  • Berapakah jumlah maksimum ratu lebah akan bertelur dalam sehari? Jawapan: 3000
  • Berapa banyak nektar yang boleh dikumpul oleh seekor lebah di dalam perutnya ’honey sac’? Jawapan: Secara purata ~ 70ml
  • Berapakah sayap yang dipunyai oleh seekor lebah? Jawapan: 4
  • Apakah nektar? Jawapan: Cairan manisan yang terdapat di dalam bunga.
  • Berapa banyak sengatan yang boleh digunakan seekor lebah pekerja untuk menyengat mamalia? Jawapan: Sekali.
  • Berapa kali lebah mengepakkan sayapnya dalam masa 1 minit? Jawapan: ~ 11,000 kali.
  • Apakah antara manfaat lebah yang utama? Jawapan: Menghasilan madu dan pendebungaan tanaman.
 Ada berapa jenis lebah? Jawapan: 3 (Ratu, Pekerja dan Jantan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan