Ahad, 10 Oktober 2010

Istilah TUALANG (English)

Gambar: Pangkal Pokok Tualang Bersaiz ~ 8 Meter


Gambar: Pemburu Madu Memanjat Pokok Tualang 

T.U.A.L.A.N.G... mungkin ramai yang keliru dengan makna TUALANG ini... sebenarnya memang terdapat spesis pokok tualang di dalam hutan nusantara, namun disebabkan lebah apis dorsata ber'koloni' di dahan pokok yang sangat tinggi dengan ciri dahan pokok yang licin (tidak mengelupas), tinggi, kuat dan besar jadi umumnya bagi pokok tersebut disebut dengan pokok tualang (walaupun nama sebenar pokok tersebut adalah pokok pulai, cempedak hutan, kedondong hutan, kapuk dan sebagainya yang mempunyai ciri yang sama dengan pokok tualang asli)...hasilnya tentu sekali sama iaitu MADU TUALANG kerana spesis lebah tersebut adalah sama iaitu APIS DORSATA yang tentunya nektar yang diambil adalah bunga-bunga hutan yang misteri dan berkhasiat... 

Jadi dipendekkan cerita... kita sebutlah Lebah Tualang kat Pokok Tualang dapatlah Madu Tualang senang cerita... kalau tak berbelit-belit dengan nama pokok yang macam-macam kat dalam hutan tu... (semoga artikel di bawah membantu...) p/s... (Indonesia dikenali dengan Pohon Sialang).


Gambar: Penulis Di Pangkal Pokok Tualang Bersaiz ~ 3 Meter


* bagi pemburu madu tualang muslim, berhati-hatilah agar terpelihara daripada perbuatan syirik ketika memburu Madu Tualang.



Tualang
Common Names: Mengaris, Honey Bee Tree, Dëoh
Genus:
Koompassia
Species:
excelsa


The tualang tree is a majestic emergent tree of the Southeast Asia rainforests best know for the disk shaped honeycombs which hang from its horizontal branches. Towering above the canopy the tualang can reach 250 feet, or the 30 stories in height. These trees can be found growing in the lowland forests of southern Thailand, peninsular Malaysia, northeastern Sumatra, Borneo, and Palawan. Their habitat is the primary tropical rainforest. They prefer damp locations along rivers, in valleys, and the lower slopes of hills.
Tualangs are a member of the legume family, and are related to peas. Their leaves are pinnate with 4-5 leaflets


growing alternately along a central rib. They create a bright green, feathery crown. Their seeds are contained within large pods. The trunks have a smooth, silvery bark. The slippery surface discourages sun bears (Helarctos malayanus) from climbing up into the tree to reach the honey combs of the Asian rock bees (Apis dorsata). The bees prefer the tualang because it doesn't branch until almost 100 feet up. Huge buttresses support the tree at its base and keep the giants from toppling over. The sap is irritating to the skin and produces a rash.
 
The tualang tree is common locally but is not an abundant tree. There are no great forests of tualangs to be found. Instead solitary trees are often found standing alone in open areas because the wood is hard to cut and local people value the tualang for its honey. A standing tualang is more valuable for its honey than felled for its timber.

The wood is brittle and often splinters when it is cut down. The wood is also incredibly hard and contains silica, making cutting it down a difficult process. With the decline of more accessible hard woods however, tualangs are being cut down for timber, and are being sold under the name of Mangaris wood. The tualang is protected under Sarawak's Wildlife Protection Bill of 1990.



Perhaps the tualang trees are best known for the immense parabolic honey combs which hang from the bottom of their branches. The combs can be 6 feet across and can contain as many as 30,000 bees. One tualang tree can contain more than 100 nests. The world's largest honey bees, Asian rock bees are 1 inch long and the tualangs are their preferred tree species

because their tremendous height provides them safety from marauders. Except for the human kind.

Local people perform a ritual honey harvest with mixed Islamic and Hindu symbolism. Singers chant ancient prayers to cajole, charm and calm the bees. On moonless nights in February and March, honey hunters climb the tualang trees with smoldering torches, banging them on the branches above the nests. This creates a rain of fire, and as the sparks fall to the ground the awakened and enraged bees take off in pursuit of the embers. The bees become disoriented and remain on the ground until dawn, leaving the nests unprotected for the honey hunters to finish their harvest. About 1,000 pounds of honey can be gathered from one tree.

A Hindu myth connected to the harvest of the honey tells of a handmaiden called Hitam Manis, or "Dark Sweetness", who fell in love with the son of the reigning Sultan. Although he returned her love, they could not get married because she was a commoner. When the Sultan discovered their love he set out to kill her. As she and some other maidens fled the palace in fear, her heart was pierced by a metal spear. Hitam Manis and her friends turned into bees and flew away into the forest.

Some years later the prince went into the forest and saw giant honey combs high in a tualang tree. He climbed up the tree, discovering the sweet honey, and called down to his servants for a knife and a bucket. But when they lowered the bucket, they found the body of the prince hacked to pieces. A voice called out from the tree that he had committed a sacrilege by using a metal implement to cut the comb like that which had killed Hitam Manis. Later a "golden shower" made by the bees restored the prince back to life. To this day no metal is used in harvesting the honey as a sign of respect to Hitam Manis. At dusk the bees fly from their nests and defecate en masse, showering the surrounding ground and foliage with a golden rain. The nitrogen-rich bee feces fertilizes the tualang that hosts the bees, giving it life as it did for the prince.

bibliography:
"Terrestrial Ecoregions--Peninsular Malaysia"
http://www.worldwildlife.org/wildworld/profiles/terrestrial/im/
im0146_full.html (4/8/03).
Heng, Wah. "The Wildest of the Wild: Danum Valley"
http://www.thingsasian.com/goto_article/article.2049.html
Buchmann, Stephen L., Nabhan, Gary P. "Nature Explorer Article"
http://gears.tucson.ars.ag.gov/nx/malaysia/malaysia.html

Soalan Kepada LEBAH ?


Gambar: 3 Spesies Lebah Yang Aktif Menghasilkan Madu

Persoalan tentang lebah dan madu

  • Berapa banyak sari bunga (nektar) yang diperlukan lebah untuk menghasilkan 1 pound madu? Jawapan: 2 million.
  • Berapa jauh lebah perlu terbang untuk membawa 1 pound madu? Jawapan: 55,000 batu.
  • Berapakah jumlah madu yang dihasilkan lebah pekerja sepanjang jangka hayatnya? Jawapan: Secara purata, 1/12 sudu teh.
  • Berapakah kelajuan lebah madu terbang? Jawapan: ~15-20 batu per jam.
  • Berapa banyak madu yang diperlukan oleh lebah sekiranya mengelilingi dunia? Jawapan: Lebih kurang 2 sudu besar.
  • Sejak bilakah lebah mula menghasilkan madu dari bunga? Jawapan: Dianggarkan 10-20 juta tahun dahulu.
  • Berapa banyak bunga yang dilawati oleh lebah dalam masa sekali perjalanannya? Jawapan: 50-100.
  • Bagaimana lebah berkomunikasi dengan lebah yang lain? Jawapan: Melalui tarian lebah. Iaitu lebah akan bergerak seolah-olah seperti menari mengelilingi lebah lain. Tarian ini akan berubah-ubah mengikut kod dan sudut tertentu yang merupakan isyarat untuk menunjukkan kedudukan nektar dan pollen dari bunga dan jarak kedudukannya. Lebah juga menggunakan  ’pheromones’ untuk menarik perhatian lebah lain.
  • Berapakah jumlah maksimum ratu lebah akan bertelur dalam sehari? Jawapan: 3000
  • Berapa banyak nektar yang boleh dikumpul oleh seekor lebah di dalam perutnya ’honey sac’? Jawapan: Secara purata ~ 70ml
  • Berapakah sayap yang dipunyai oleh seekor lebah? Jawapan: 4
  • Apakah nektar? Jawapan: Cairan manisan yang terdapat di dalam bunga.
  • Berapa banyak sengatan yang boleh digunakan seekor lebah pekerja untuk menyengat mamalia? Jawapan: Sekali.
  • Berapa kali lebah mengepakkan sayapnya dalam masa 1 minit? Jawapan: ~ 11,000 kali.
  • Apakah antara manfaat lebah yang utama? Jawapan: Menghasilan madu dan pendebungaan tanaman.
 Ada berapa jenis lebah? Jawapan: 3 (Ratu, Pekerja dan Jantan)

FAKTA MADU

 
  • Antimicrobial
Madu berupaya bertindak sebagai bahan pengawet. Penyelidikan ilmiah menunjukkan madu dapat mengawetkan buah-buahan dan sayuran daripada enzim yang boleh mengakibatkan ianya berubah kecoklatan dan rosak. Aktiviti antibakteria yang terdapat pada madu ini adalah disebabkan kewujudan hidrogen hidroksida (agen pembunuh bakteria) dan organik antibakteria.
  •  Antioxidants
Madu mengandungi pelbagai fitokimia ‘phytochemicals’ seperti asid organik, vitamin dan enzim yang sememangnya merupakan sumber diet yang penting bagi proses antioksida. Jumlah dan jenis antioksida adalah bergantung kepada kekuatan saripati madu itu sendiri dan sumber bunganya. Biasanya, lebih gelap warna madu menunjukkan lebih tinggi kandungan antioksida berbanding madu yang berwarna agak cerah (kekuningan)       

  • Enzymes
Enzim memainkan peranan penting dalam madu yang menjadikannya sangat penting untuk pengobatan dan makanan yang berkhasiat tinggi. Sebagai contoh, glucose oxidase berfungsi menukar glucose kepada gluconolactone yang menghasilkan asid gluconic dan hidrogen peroksida.
  • Pro-Biotic
Campuran madu bersama yogurt dan produk tenusu lain akan meningkatkan lagi aktiviti, pertumbuhan dan kegalakkan bakteria baik ‚bifidobacteria untuk melawan bakteria jahat bagi keseimbangan usus yang sihat 
  • Penapaian/peragian ‘Fermentation’
Peragian disebabkan oleh yis ‘osmophilic yeasts’ yang merupakan sebahagian micro organisma di dalam madu. Ianya tidak akan berlaku sekiranya kandungan karbohidrat >83%, kelembapan (kadar air) < 17.1% , pada suhu penyimpanan madu <520 F (110 C), kaedah pemanasan yang sesuai atau setelah dirawat menggunakan radiasi gamma (sinar gamma) atau ultrasonic.
  • Gred dan Warna Madu
Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam . Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.
  • Kemanisan Madu ‘Sweetness’
Fruktosa adalah bahan termanis diikuti glukosa dan maltosa. Maka, kebanyakan madu yang mengandungi peratusan fruktosa yang lebih banyak menjadikan madu agak lebih manis berbanding gula dengan purata nisbah 1-1.5 kali manis berbanding gula .
  • Pengkristalan ‘Crystallization’
Biasanya, sesuatu yang sukar diterima oleh pengguna adalah apabila madu yang lama disimpan seakan ada butiran mendakan (kristal). Sebenarnya ianya bukanlah penunjuk bagi ketulenan madu tersebut kerana secara saintifik ianya boleh berlaku pada madu yang benar-benar tulen (yang dihasilkan oleh lebah). Madu akan berubah membentuk kristal kecil seperti mendakan disebabkan adanya kandungan glukosa. Glukosa akan secara spontan keluar dari keadaan ‘super saturated’ madu. Glukosa tersebut akan kehilangan air dan membentukglucose monohydrate’ lalu terbentuklah pengkristalan .
Ianya boleh berlaku bagi madu dalam tempoh penyimpanan seminggu hingga sebulan ataupun tidak berlaku bergantung pada faktor penyebab yang menggalakkan pembentukannya. Kajian menunjukkan madu amat sensitif pada kelembapan persekitaran. Sekiranya penyimpanan madu menggunakan bekas plastik berketumpatan rendah ‘low-density polyethylene container’ , kecenderungan berlakunya pengkristalan lebih tinggi kerana ianya mengakibatkan kelembapan (kadar air) lebih mudah dibebaskan dari madu. Ianya dapat dikembalikan dalam keadaan madu yang asal dengan merendamkan madu di dalam kemasan botol dengan air panas sambil dikacau perlahan-lahan.
  • Penyimpanan‘Storage’
Proses pengkristalan dapat dielakkan melalui penyimpanan yang betul, suhu sejuk <500 F (100 C) adalah suhu ideal untuk mencegak berlakunya ‘pengkristalan’ , manakala suhu <500 -700 F (100 -210 C) akan menggalakkan ‘pengkristalan’. Suhu <700 -810 F (210 -270C) tidak akan mempengaruhi terjadinya ‘pengkristalan’ namun mengurangkan gred madu (berlakunya penyerapan kadar air pada madu) , manakala suhu yang lebih panas >810 F (270 C) akan mencegah berlakunya ‘pengkristalan’ tapi menggalakkan berlakunya penapaian ‘fermentation’ pada madu yang akan merubah rasa (lebih masam), aroma dan kelikatan madu. Maka, untuk tujuan penyimpanan yang lama diperlukan tempat penyimpanan yang kedap udara. Penggunaan bekas kaca atau bekas ‘ stainless steel’ adalah yang paling sesuai untuk menjamin kualiti dan mutu madu .
  • Ciri-ciri kimia bagi madu
Madu mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan  asid organik (0.57% , julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1)  .

Sabtu, 9 Oktober 2010

Madu Tualang Vs Madu Ternak

NO
PERKARA
MADU TERNAK




1
Jenis Lebah
Apis Dorsata
Apis Melifera & Apis Cerana
2
Nektar
Multiflora Misteri & 100% Organik Natural
Monoflora, Gula, Sirap,Fructose
3
Sifat Lebah
Agresif & Tidak Boleh Dipelihara
Dapat DiPelihara
4
Sarang
>10m Pokok Hutan, Tualang, Akasia, Kapuk dll.
Kotak Lebah
5
Antioksida
Lebih Tinggi dari Madu Ternak
Kurang Dari Madu Tualang
6
Rasa
Manis Agak Tajam & Menyengat
Hanya Manis
7
Kandungan
Bercampur Dengan 'Bee Pollen' & Propolis
Tidak Bercampur, tercemar Antibiotik & Pestisid/Racun
8
Kadar Air
22% - 24%
20% - 23%
9
Pasaran
~ 80% madu hutan adalah tiruan/palsu
~ 40% adalah tiruan/palsu

Belajar Ambil Madu Tualang Hutan



Teknik Pengambilan Madu Hutan

Pengambilan madu dari lebah Apis Dorsata dapat dilakukan pada siang ataupun malam hari. Bila dilakukan pada siang hari perlu memperhatikan lingkungan sekitar, antara lain;
  • Jumlah koloni tidak lebih dari 20 sarang.
  • lokasi pohon tempat bersarang jauh dari pemukiman penduduk, ternakan dan jalan raya.
Perlu disiapkan peralatan untuk mengambil madu iaitu pengasap,  pelindung muka, pisau untuk memotong sisiran madu, tali dan baldi untuk menurunkan madu dari pohon, saringan dan botol plastik besar.
Pengambilan dilakukan tidak dengan memotong seluruh sisiran sarang, tetapi hanya mengambil sisiran madu atau sisiran tempat bee pollen sahaja.
Pengambilan diawali dengan melakukan pembebasan sisiran dari kerumunan lebah dewasa dengan cara mengasapi sarang. Bila penuaian dilakukan pada malam hari selain menggunakan pengasap juga dapat dibantu dengan memberi sinar lampu yang diletakkan di suatu tempat di bawah pohon.
Pemotongan sisiran sarang, terlebih dahulu harus dipisahkan antara bagian sisiran madu dan tepung sari. Sisiran tepung sari yang terletak di bawah sisiran madu dipotong terlebih dahulu. Selanjutnya sisiran madu dipotong secara horizontal pada sisi bagian atas sehingga yang tersisa adalah sisiran anakan. Untuk lebih jelasnya proses madu dapat dilihat pada gambar berikutnya:
Keterangan:
  1. Dahan Pohon
  2. Sisiran Madu
  3. Sisiran Tepungsari (bee pollen)
  4. Sisiran Anak Lebah
  • 1-2 posisi potongan pertama
  • 3-4 posisi potongan kedua
  • 4-5 posisi potongan ketiga
 Setelah selesai pengambilan bagian sisiran madu selanjutnya dilakukan proses penyaringan madu. Madu yang telah diekstrak kemudian disaring dan dimasukkan ke dalam bekas.
Keuntungan dari penuaian seperti ini akan menambah kekerapan tuaian 10-12 kali setahun serta dapat merangsang perkembangan populasi koloni 4-5 kali ganda per tahun (Sumber : Wanariset II Kuok)

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kenali Lebah Gergasi Di Malaysia!

AKHIRNYA Rahsia Madu Tualang di Nusantara Telah Terbongkar...
Marilah para penyelidik teruskan mengkaji Madu Tualang sebelum orang-orang kolonial ni mem'paten'kan emas kita ini...



Jenis Lebah Madu

Jenis lebah madu yang umum dikenal di dunia sampai saat ini ada 7 spesis , iaitu:

1. Apis Dorsata: dikenal dengan lebah sialang atau tualang, lebah hutan, tawon gung atau tawon odeng. Jenis ini banyak terdapat di hutan-hutan tropika Malaysia & Indonesia, pengambilan madu biasanya dengan cara berburu kerana sukar diternak, satu koloni sarang boleh menghasilkan madu 20-60kg/tahun.

2. Apis Cerana: dikenal dengan lebah kampung, nyiruan, indurun atau lebah sayak. Merupakan jenis tempatan yang banyak terdapat di pinggir hutan,kebun dan dapat diternak, produksi madu 10-20kg/tahun

3. Apis florea: dikenal dengan lebah kecil atau lebah jantung, tidak diternak kerana madunya sangat sedikit.

4. Apis andreniformis: juga dikenal dengan lebah kecil atau lebah jantung, ukurannya mirip dengan Apis florea.

5. Apis Koschevnikovi: dikenal dengan lebah mata merah, ukuran hampir sama dengan Apis cerana dan tersebar di Sabah dan Sarawak.

6. Apis Laboriosa: iaitu lebah madu yang mirip dengan lebah hutan dan hanya terdapat diketinggian 1200-9100m dpi iaitu di Nepal, Timur Laut India dan China.

7. Apis Mellifera: adalah jenis lebah import dari Eropah banyak dikembangkan di Pontian, Sabah, Perak, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Pemotongan sisiran produksi madu dapat mencapai 20-60kg/tahun.

Selain lebah dari spesis Apis, juga terdapat jenis lebah tanpa sengat (stingless bee) yang dikenal dengan galo-galo, termasuk ke dalam keluarga Melliponinae.

Menurut hasil penelitian Prof Dr Siti Salmah (1992), di daerah negeri Riau, Sumatera Indonesia sahaja terdapat sekitar 24 sub spesis dari marga Trigona. Jenis ini dapat menghasilkan madu yang spesifik dan bee pollen serta resin. Teknik ternak berbeza dengan lebah madu bersengat, setup tidak menggunakan bingkai sisiran.

Karakteristik Lebah Madu

A. Lebah Tualang atau Lebah Hutan (Apis Dorsata)

Lebah liar ini umumnya bersarang pada cabang-cabang pohon yang tinggi (40-60m) di hutan hujan, kulit batang tidak mengelupas, licin dan halus. Lingkungan sekitar pohon biasanya dekat dengan sumber air dan sumber tanaman pakan lebah. Jenis pohon yang sering dijadikan sebagai habitat bersarang lebah jenis ini adalah Kayu Ara, Rengas, Pulai, Kempas, Cempedak air dan Kapuk. Setiap pohon biasanya dinaiki oleh koloni lebah hutan disebut oleh masyarakat Riau sebagai pohon Sialang, manakala di Malaysia dengan pokok Tualang. Populasi koloni secara berperingkat selalu melakukan migrasi dari satu tempat ke tempat lainnya.


Gambar: Pokok Tualang (iaitu spesis Kayu Ara, Rengas, Pulai, Kempas, Cempedak air, Kapuk dll)


Permasalahan dalam pelestarian jenis Apis Dorsata adalah semakin berkurangnya jenis pohon sebagai habitat lebah, akibat adanya penebangan haram dan perubahan status hutan dari hutan liar menjadi Hutan tanaman Industri ataupun perkebunan dan ladang dan juga pencemaran seperti jerebu dan sebagainya.

B. Lebah Ternak

Lebah Import (Apis Mellifera) dalam pengelolaannya perlu adanya perlakuan yang dikenal dengan penggembalaan lebah dari satu area tanaman ke area lainnya, Hal ini penting dilakukan untuk memenuhi keperluan protein bagi pertumbuhan anak-anak lebah yang bersumber dari serbuk sari bee pollen tanaman, di samping itu teknik tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan madu pada musim bunga tertentu.

Jenis lebah ternak tempatan adalah (Apis Cerana), kerana sifatnya yang masih natural/alami dan terdapat keragaman / variasi sifat dan tingkat produktiviti yang sangat berbeza, sebahagian besar koloni kurang produktif dan suka berhijrah, sebaliknya juga ditemukan koloni2 yang subur, jinak dan rajin mengumpulkan bahan madu dan bee pollen, untuk itu perlu dilakukan pemilihan benih lebah secara alami (natural selection).

Khamis, 7 Oktober 2010

Salam Dari MADU...

as-Salammua'laikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah semoga kehadiran blog ini dapat berkongsi ilmu berkenaan madu tempatan di nusantara ini yang biasa dikenal dengan nama Madu Tualang.
Pandangan dan input dari peminat madu amatlah diharapkan semoga madu kembali diletakkan di tempat yang sepatutnya...

Marilah selangkah bersama pedoman yang manis ini...

“Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia,” kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 68-69)


MISTERI SANG LEBAH NUSANTARA

Beginilah rupa sebenar kami makhluk lebah yang bernama LEBAH TUALANG (saintifiknya Apis Dorsata, juga dikenali sebagai The Killer Bees, African Bees, Himalayan Bees dan Giant Honey Bees...)





Gambar: Lebah Tualang (Apis Dorsata)

Jangan ANDA tersalah makhluk pula sebab kami LEBAH TUALANG sangat agresif, tidak mudah diternak dan tinggal di lokasi yang tinggi. Bukan semua lebah seperti kami terutamanya Lebah Kampung sering menyamar sebagai kami. Jadi perhatikan kami baik-baik...lihat di bawah.





a) Lebah Kampung (Apis Cerana)
b) Lebah Eropah (Apis Melifera, biasa di ternak)
c) Lebah Tualang (Apis Dorsata)


Bagaimana Mendapatkan Madu Lebah Tualang...?